Selasa, 15 Jun 2010

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan.

Khamis, 3 Jun 2010

Sains Perpustakaan

AGENSI Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menerbitkan buku Standard Program Sains Perpustakaan dan Maklumat sebagai panduan spesifik kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) bagi memenuhi keperluan dan kehendak Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Panduan ini, jika dipatuhi dan dilaksanakan secara betul dan bijak mampu menjana pembangunan dan mengekalkan kualiti program pendidikan di Malaysia seterusnya meningkatkan kualiti graduan dari aspek pekerjaan dan mobiliti.

Khamis, 27 Mei 2010

Sabtu, 15 Mei 2010

guru>>>selamat hari guru>>>>>

Sabda Rasulullah S.A.W :-
"Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi sehingga semut yang ada di dalam liangnya serta ikan yu, semuanya memohon kerahmatan terhadap orang yang mengajar kebaikkan kepada manusia".

(( Hadis Riwayat Al-Imam At-Tarmizi ))

SELAMAT HARI GURU

Jumaat, 14 Mei 2010

Titip kerinduan........

Salam pertemuan

Sahabat yang bertahun lamanya terpisah, kini telah ditemui.......takdir Ilahi, dia menghubungiku secara tidak sengaja......tidak pernah bersua, aku dan dia sudah berbeza, namun persahabatan tetap seperti dulu. Subhanallah.....syukur kepada-Nya.