Selasa, 15 Jun 2010
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan.
Khamis, 3 Jun 2010
Sains Perpustakaan
AGENSI Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menerbitkan buku Standard Program Sains Perpustakaan dan Maklumat sebagai panduan spesifik kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) bagi memenuhi keperluan dan kehendak Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Panduan ini, jika dipatuhi dan dilaksanakan secara betul dan bijak mampu menjana pembangunan dan mengekalkan kualiti program pendidikan di Malaysia seterusnya meningkatkan kualiti graduan dari aspek pekerjaan dan mobiliti.

Langgan:
Catatan (Atom)